♥ Sila Tinggalkan Link Anda Disini Ye? Sekian :) ♥

Nak Jadi Dak SPM Balek Leh Tak? :3

Assalamualaikum.
Hye readers.

Sebenarnya cik faten dah nak tido dah. Tapi nak jugak hapdet blog ni hah. Lame tak menaip. Haih = ='

Tengah syok-syok layan pesbuk kan, tetiber terbaca lak status salah sorang cikgu sekolah menengah aku dulu duk announced kat murid-murid dia sal e-pantau. Aih, maybe tak penting kot sal ni. Ntah-ntah result yang laen kot. Tak perlulah amek tahu. Bercakap aku sendirian. Memang kerja aku la kan sebagai pengguna pesbuk untuk stalks mane-mane profile yang aku berkenan. Satu persatu profile aku terjah. Aku tengok gambar-gambar dorang sambil mengutuk dalam hati. LOL. Haha! Tapi takde lah sampai nak terjah-terjah sape pakwe dan family dorang kan. Setakat gambar dan status je lah. Dah siap menggelebek, berbalek kat home fulakss kan. Mak aih, ade lagi status cikgu tadi terpampang kat top news. Then makin ramai plak yang komen kat situ. Lepas tu ternampak sorang dak pompuan ni pergi post plak link e-pantau kat wall dia. Agak rasa cam nak klik. Aku pon klik lah. Usha punya usha, baru aku paham pe bende tu semua. Haha. Laman web itu milik JABATAN PELAJARAN TERENGGANU sepenuhnya bagi memudahkan para pelajar SPM check result exam mereka melalui online. Means budak form 4 ngan form 5 lah yang leh check. Itu berdasarkan persefahaman aku. Tapi ape yang aku leh cakap kat sini, kira beruntunglah adek adek kita yang dalam form 4 ataupun form 5 nih kan. Dah macam sistem U plak. Cukup berbangga dengan kemajuan IT tapi agak kecewa la sebab zaman aku dulu tade pon camni kan! Alih-alih bila masuk belajar kat poli ni baru aku kenal ngan sistem check result melalui online. Dulu pun check result melalui online just untuk peperiksaan rasmi macam PMR ngan SPM tu kan.

P/S : Tadi mintak i/c adek aku sebab nak try test tengok result dia camna tapi dia plak tak nak bagi. Katenye lupa no i/c. Ceittt! Padahal dia takot aku tahu result dia kan. Haha. Btw, aku harap dengan kemajuan sekarang ini dapat menaikkan semangat adek-adek yang bakal atau sedang bergelar calon SPM untuk terus belajar dan terus berusaha mencapai kecemerlangan seiring dengan kemajuan teknologi negara kita. Tak pandai nak cakap lebih-lebih bab-bab ni sebab aku memang tak pandai bercakap. Haha!

P/S/S : Aku buat entry ni sebab dipakse dan diperas ugut oleh Cik Dieyla. Dia lah yang cabar aku buat entry ni. Haha. Sape-sape leh terangkan tak pasal e-pantau nih? Komen yep! Okeh, katil dah memanggil. Mata mula merengek. Tidola!

No comments:

Post a Comment